Tuesday, 13 December 2011

the mines

semalam,,lepas daripada taklimat JPA yang sangat best itu,,aku bersama kawan-kawan ku yang lain,,pergi ke the mines,serdang...perancangan asalnya,,nak pergi i-city,shah alam la,,sunway pyramid la dan banyak lagi...ingat nak pergi naik kereta..tapi,,driver kami banyak assignment la...huhu...bertukar la kepada plaza metro kajang...tunggu bas rapi kl lalu,,lama la jugak...satu jam lebih...tapi,,satu kelibat bas rapid kl pun tak nampak..bas 6Z/6K da berapa kali lalu da..bas mini,,tak perlu cerita la kan...tak terkira da..tapi,,dalam bas mini tu,,majoriti india dan pendatang asing(indonesia) yang ada..penuh pula tu..itu yang tak naik-naik...tunggu kak fizah lagi yang ada dekat za'ba sebab dia tak dapat JPA...akhirnya,,kami buat keputusan untuk pergi mid valley...bas rapid tak lalu untuk tempoh yang lama kan...(dalam hati : tak mungkin la bas rapi tak ada...habis tu,,orang lain nak naik apa dekat bangi ni??)tunggu bas 6Z/6K lagi...huhu...sampai di ktm ukm,,ada kumpulan lagi satu cadang untuk pergi the mines ramai-ramai...tanpa fikir panjang,,kami pun kata ok...tiada masalah..tunggu ktm,,dan kami pun naik sampai la di serdang...naik tangga yang agak tinggi itu untuk melintasi highway....dan,,menaiki the mines river cruise untuk masuk ke the mines shopping complex..wah,,,naik cruise  la!!haha...cruise la sangat(masing-masing tak nak jalan jauh lagi nak sampai shopping complex nya)...sampai je dekat the mines,,kami terus cari tempat yang sesuai untuk makan...masing-masing da lapar kan tunggu bas rapid...huhu...dari satu tempat,,ke satu tempat yang lain,, dan akhirnya di kfc..senang..semua makan dengan senyap kerana lapar..hehe....selepas makan,,kami solat dan memulakan ekspedisi kami..wah,,ekspedisi!!haha..tak ada la...jalan-jalan pusing the mines je pun...bagi mereka yang menyertai suksis,,mereka perlu mencari barang untuk pergi kem yang akan di adakan pada cuti semester ini...untuk kami yang tak ada tujuan yang khusus untuk keluar ni,,kami pun pusing la the mines tu sampai habis...ada la membeli sedikit...jualan akhir tahun..banyak yang murah...pukul 6 lebih macam tu,,kami buat keputusan untuk balik ke kolej..takut kemalaman...tak elok perempuan balik malam-malam kan...hehe...menaiki the mines river cruise itu lagi,,menuju ke ktm serdang...solat maghrib di sana...tapi,,kurang selesa dengan keadaan surau ktm serdang...sesudah itu,,menaiki ktm untuk ke ukm..tiba di ktm ukm,,menaiki bas 6Z/6K lagi untuk balik ke za'ba...hampir jam 9/10 malam kami tiba di za'ba..apa-apa pun,,alhamdulillah selamat pergi dan balik...

*p/s untuk pekerja ktm serdang / sesiapa yang berkenaan : tolong la jaga kebersihan surau ktm serdang untuk kemudahan muslim untuk solat..mungkin boleh tukar carpet yang lama itu dan perbaiki la tandas di dalam surau itu...


p/s untuk ika(kawan aku) : aku da berjaya keluar dengan kau semester 1 ni..jangan tuntut lagi!hehe*

No comments:

Post a Comment