Thursday, 15 December 2011

walls magnum baharu!!

yummyy2...hmm,,sedapnya...betul ke sedap??aku sendiri pun tak tahu...hari jumaat malam minggu lepas,,aku ternampak iklan aiskrim magnum yang baru ni dekat tv..terus aku menyuarakan keinginan aku untuk merasa aiskrim magnum ni kepada makcik aku..berlaku lah perbualan yang pendek antara aku dan makcik aku...

aku : anjang,,aiskrim magnum yang baru ni,sedap ke??
anjang : entah la...tak tahu...tapi,,ramai yang beli dekat kantin...aiskrim ni cepat jugak habis walaupun mahal...(keluarga aku ada menjalankan peniagaan menjual makanan di kantin pekerja)
aku : owh...betul ke??ok nanti kita try...beli dekat 99speedmart...
anjang : ok...

aku menunggu untuk saat anjang kata "pergi la beli aiskrim nya"...tapi,,lama juga aku menunggu saat itu...setelah makcik aku yang seorang lagi ni balik,,umi mengajak aku menemaninya pergi ke econmart untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk membuat apam yang hendak di bawa ke rumah kawan nya esok pagi...bibik aku baru sahaja memberitahu yang barang-barang tersebut sudah habis setelah umi mengigatkan bibik untuk membuat apam tersebut...

maka,,aku pun pow anjang untuk beli aiskrim magnum tadi tu...dapat la rm10...cukupla untuk 2 aiskrim kerana harga aiskrim magnum tu adalah rm3.90 sebatang...setelah umi selesai memilih barang-barang yang dipesan bibik tadi,,aku memanggil umi untuk menunjukkan yang mana satu aiskrim magnum yang baru itu...hehe..cuma sekilas pandangan aku sahaja di saat aku melihat iklan itu tadi...umi pun menunjukkan yang mana satu aiskrim yang baru itu...aku mengambil 2 sahaja..aku mempelawa kepada umi,,tetapi umi tidak mahu...aku bertanyakan pula boleh tak aku belikan satu untuk abah??tapi,,umi tidak berapa setuju..umi cakap,,abah tak boleh makan aiskrim dan coklat sangat disebabkan penyakit abah...jadi,,aku ambil 2 sahaja...

waktu tiba dirumah,,aku terlihat,,ada abah sedang menonton tv bersama anjang..(anjang tidak berkahwin dan anjang dengan abah adalah adik beradik)..terlintas difikiranku "tak kan aku nak bagi abah makan sedikit sahaja dari aiskrim ku??kasihan la abah.."dan,,aku mengambil keputusan untuk menyimpan aiskrim itu di peti sejuk dahulu...anjang pun tidak bertanya lagi tentang aiskrim itu...
keesokan malamnya,,anjang bertanya "mana aiskrim semalam??"...aku menjawab "ada dalam peti ais"...dan aku menceritakan keadaan sebenar...tetapi,,waktu anjang bertanya itu sudah lewat malam...tak mungkin la kami nak makan aiskrim pada lewat malam??dan,,sehinggalah hari ini,,aiskrim itu masih di dalam peti sejuk...aku tidak sempat untuk merasa nya kerana terpaksa balik ke ukm pada hari ahad petang...

*mengharap esok aku balik,,aiskrim itu masih ada!!*

No comments:

Post a Comment