Saturday, 3 March 2012

cinta baru saya! =)

selama ini,,aku hanyalah pandang dan merenung dia dari jauh..aku takut untuk mendekatinya..seakan,,ada cas negatif antara kami yang membuatkan aku hanya mampu merenungnya dari jauh..sehinggalah suatu hari,,aku mula bercerita tentang dia kepada umi dan abah..tidak ku duga dan menyangka bahawa umi dan abah akan menyokongku untuk memilihnya..terutama sekali abah..alhamdulillah..

sejak dari itu,,aku pun mula meneruskan usaha aku untuk terus mendekatinya dan mengenalinya dengan lebih rapat lagi..hampir setiap hari aku 'stalker' mengenainya..aku juga turut bertanyakan pendapat orang lain tentang dia..tetapi,,pernah ada yang hendak memperkenalkan aku dengan yang lain..hampir juga aku terpikat dengan yang baru itu..malangnya,,setelah difikirkan kembali,,hati aku tetap memilihnya..tanpa dapat di ubah lagi..

akhirnya,,aku mengajak umi dan abah pula ke suatu tempat untuk mengenali si di saat adik-adik ku tiada di rumah..umi dan abah bersetuju dengan pilihan aku kali ini!alangkah gembiranya hati ini di saat mendapat persetujuan dari umi dan abah..tersenyum lebar aku pada waktu itu..tetapi,,aku masih belum berjumpa dengannya 'face to face' lagi..

seminggu kemudian,,aku  sudah yakin dengan keputusan aku kali ini..keputusan ku sudah bulat untuk menemuinya dan disokong pula oleh umi dan abah..aku pun mengajak umi untuk pergi menemuinya..sebelum keluar dari rumah,,umi bertanya 'kakak yakin dengan keputusan kakak ni?'..dengan senyuman yang terukir di bibirku waktu itu,,aku menjawab 'iya umi..kakak yakin..'

maka,,umi pun membawa aku untuk bertemu dengan si dia..tanggal 15 februari 2012,,umi dan sekalian makhluk yang ada di ........ menjadi saksi pertemuan kali pertama antara aku dan dia!!wah,,bahagia yang teramat sangat yang dapat aku rasakan pada waktu itu..seperti mahu melompat keriangan sahaja di situ..tetapi,,mana mungkin aku akan melakukannya..?hahahaha

*thanx to umi and abah for the nikon dslr 5100..kakak really appreciate it..thank you very much..love both of you..i'll take care it as life going onwards..*

    my new love one! <3

No comments:

Post a Comment